BENGKEL PEMBANGUNAN LITAR ELEKTRONIK DAN PERISIAN ARDUINO KALI KE 7
08 & 09 Februari 2025
BENGKEL PEMBANGUNAN LITAR ELEKTRONIK DAN PERISIAN ARDUINO KALI KE 7
08 & 09 Februari 2025
08 & 09 FEBRUARI 2025
Pada 8 dan 9 Februari 2025, seramai 102 orang pelajar Jabatan Kejuruteraan Elektrik terdiri daripada pelajar Semester 4 dan 3 telah menghadiri bengkel yang memfokuskan integrasi antara litar elektronik dan perisian Arduino. Bengkel ini merupakan satu inisiatif Unit Projek JKE di mana dua orang penceramah merangkap Alumni PSIS yang bergiat langsung di industri telah dijemput iaitu Encik Muhammad Hasbul Arman (Test Maintenance Engineer) dan Encik Mohamad Syafiq (Electrical Design Engineer). Diharapkan inisiatif ini dapat memberi nilai tambah kepada para peserta sekaligus menambah baik mutu penghasilan Projek Akhir pelajar. Semoga bengkel ini memberi manfaat kepada para pelajar sebagai persediaan menjalankan Project 1 semester ini.
(Project 1 DEE40082)